Sunday 17 March 2013

Mini Pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti mana yang dah Ayu janji kan kpd kawan-kawan di Fb, kali ni Ayu ingin share resepi Mini Pizza yg mudah dan cepat. Mini pizza ni Ayu selalu buat topping isi ayam/daging perisa kari..mcm gambar di bawah ni.


Bahan-bahan topping:

1ulas bwg besar
3 ulas bwg putih
1 sudu besar rempah kari daging
Isi ayam (1 dada ayam dipotong dadu)
Minyak utk menumis
Sedikit garam
Optional (klau takde pun takpe..klu ada lgla best)
daun bawang
Nenas Di potong dadu
Cendawan butang dihiris

Cara-caranya:
Bawang dipotong dadu. Kemudian ditumis bersama rempah kari. Bila dah garing masukkan sedikit air dan isi ayam. Masukkan sedikit garam. masak hingga ayam empuk dan hampir kering.

Sos utk atas roti:
2 biji tomato
Sedikit rosemarry / mix herb
Sedikit sos tomato

Kisar bahan2 di atas..masak hingga pekat


Bahan lain:
Roti  perancis
Mozarella cheese
Olive oil

Potong roti menyerong..ketebalan dalam 1 inci..sapukan atas roti olive oil kemudian sos Yang telah dimasak tadi..kemudian letakkan kari ayam, taburkan bahan2 optional seperti nenas, cendawan dan daun bawang...akhir sekali taburkan mozarella. Balar selama 15 min pada suhu 180 darjah celcius.

Kalau nak lagi cepat..tak perlu masak kari ayam..hiriskan sausage dan susun atas roti yg telah disapu olive oil dan sos...pastu taburkan mozarella..dan terus bakar. Hasilnya mcm gambar di bawah ni.


Oklah kawan-kawan..selamat mencuba yer..

Drawing Class

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari rabu yang lepas (13 Mac 2013) Ayu telah berpeluang belajar melukis atas kek. Dah lama benar Ayu ingin mempelajari teknik-teknik melukis pelbagai kartun di atas kek. Kadang-kadang jemu jugak kan asyik menggunakan edible image. Kelas ni telah diajar oleh Puan Rahani Abdul Rahman iaitu tuan empunya Noni's Creative Cakes yang mana lebih dikenali sebagai Kak Noni. Kak Noni memang dah lama dalam bidang baking membaking ni dan hasil kerjanya sgt halus dan berseni...Ayu sangat kagum bila melihat hasil kerja Kak Noni. Alhamdulillah hampir seharian Ayu menimba ilmu dan teknik-teknik drpd Kak Noni...terima kasih tak terhingga yang dapat Ayu ucapkan buat Kak Noni. Moga Allah memperluaskan lagi rezekinya. 

Kek yang dah siap dilukis tinggal nak diwarnakan dengan jeli.
Inilah hasilnya 'Cik Belle'
Ini pula hasil kerja rakan sekelas...Gayatri
Yg ni pula hasil kerja Kak Ana
Semoga selepas ni Ayu dapat mempraktikkan teknik-teknik drawing ni...Siapa-siapa yg berminat utk mengoder kek seperti di atas bolehlah contact Ayu ye...gambar bole pilih ikut citarasa masing-masing.