Thursday 27 December 2012

Order Disember

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Order untuk bulan Disember
Pavlova

Order dari Kak Marwati turut mengoder durian crepe dan triffle
Terima kasih Kak Mar 



Pavlova lagi :)

Order dari kawan Pn. Norfiza Bashfari 
Terima kasih buat kawan fiza dan juga kepada
fiza yg telah tolong memperkenalkan pavlova ayu ni

Happy Birthday Nur Syifa'

Blueberry cake...kek ni diorder dr ibu saudara Ayu di Nilai..kebetulan
Ayu balik ke Seremban...jauh berjalan kek ni..
Apa pun kek ni selamat sampai ke tuannya...Alhamdulillah Ayu mendapat feedback yang sgt baik..terima kasih Cik Dang
Ice Cream cake ni dibuat sempena menyambut birthday ayah
Ayu tempoh hari..yg mengoder sudah semestinya adik-adik Ayu..hehe
Ice cream cake ni dalamnya Ice cream vanilla yg di lapiskan dgn blueberi filling
dan keknya kek vanilla...wallaalaa...

Happy Birthday Ayah...we love you


Selain buat kek ice cream...ayu juga buat durian crepe utk adik-adik Ayu
Al maklumla diorang belum pernah lagi merasa
Durian  crepe yg ayu buat ;)



Mini Pavlova

Set mini pavlova ni diorder oleh regular customer ayu Dr Norhayati
Abdullah...dah 2 kali yati order mini pavlova ni...kali ni katanya utk dijamukan
pada ibu mertuanya yg dtg bertandang ke rumahnya..Alhamdulillah kata Yati semua
Kata sedap mini pavlova ni...
Terima kasih yati
Happy Birthday Mama Yana
...kek coklat moist ni layer dgn blueberi filling dan freshcream
dan topping dgn coklat ganache..kek ni telah diorder oleh kwn baik ayu yg selalu memberi support pd bisness ayu ni...terima kasih zarita...





Red Velvet

Order daripada customer tetap Ayu,
Puan Jasmin Abdullah....terima kasih Kak Min




Rainbow cake untuk hantaran.
Kek ini telah ditempah oleh Faeza untuk hantaran  perkahwinannya.
Faezah juga request pada ayu untuk buatkan kek  dalam jar juga dijadikan hantaran.
Kek dlm jar ni Ayu buatkan strawberry ice.
Terima kasih Faeza...Selamat Pengantin Baru
Moga kekal hingga ke syurga.


Fruit flan cake
Kek ni diorder oleh Puan Nor Azliana untuk adik dan anak lelaki nya..
Selain kek ini, Azliana juga mengoder 4 bekas triffle dan Durian crepe..
tp Ayu tak sempat pulak nak ambil gambar triffle dan Durian crepe.
Terima kasih Azliana.



Blueberry Cheese Cake.
Kek ni telah ditempah oleh kawan kepada ibu saudara Ayu.
Terima kasih kepada mereka berdua.

Selain order di atas, bulan ni juga Ayu byk dapat tempahan Durian crepe dan kek coklat kukus cuma Durian crepe tak sempat ayu nak ambil gambarnya..
Terima kasih kepada semua yang dah membeli durian crepe dan kek coklat kukus
dari Ayu.




Sunday 9 December 2012

Disember- Minggu Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah seminggu Ayu tak menjenguk blog ini...al maklumlah..baru minggu pertama Ayu dah tak bekerja..mcm jakun lak bila hari-hari sepenuh masa di rumah. Kalau boleh semua kerja rumah yang terbengkalai selama ni ayu nak siapkan..hehe..angan-angan je tinggi..tapi leka di dapur mencuba resepi-resepi yg Chef Amer ajarkan tempoh hari..last-last keje rumah masih ada yg tertangguh.

Alhamdulillah, sudah 2 resepi kek Chef Amer yg berjaya Ayu buat..mula-mula sekali Ayu mencuba kek chocomello sebabnya kek ini yang anak-anak paling suka dan keduanya cheezy carrot cake..kek ni dah dijual 2 buku dlm tempoh seminggu ni..Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kpd customer ayu yang telah memberi kepercayaan kepada produk Ayu's Cutest Cake.

Chocomello Cake


Cheezy carrot cake...terima kasih kepada Puan Jasmine Abdullah dan Dr. Maziah
Selain itu, minggu ini juga buat pertama kalinya Ayu mengambil tempahan Durian Crepe...terima kasih kepada Mom's Bake House atas tunjuk ajar membuat crepe yang sangat popular sekarang ni :)..

Durian Crepe pertama kali dijual..
Selain Durian crepe, Ayu juga dpt request order triffle dr Puan Jasmine Abdullah. Triffle yang pertama kali Ayu jual nie..dijual dlm bekas plastik bertutup...dapat buat 4 bekas..dan 2 bekas lagi dibeli oleh kawan saya Dr. Siti Hamidah  terima kasih byk yer.

Triffle Fruit Cocktail
Oklah yer..akhir sekali Ayu nak masukkan semua tempahan dalam minggu ni... :)

Ice cream cake..
kek ni kek sponge coklat dan aiskrimnya
 ialah aiskrim vanila dan dilapiskan dgn blueberi.
Terima kasih Dr. Puspa :)
300bj apam polkadot dan apam ladybird & bumblee bee
Terima kasih kepada Puan Zairita Dahlan :)

Pavlova yang ditempah oleh Puan Siti Zaleha..terima kasih kak Siti..
pavlova ni dibawa balik ke Muar :)
Pavlova ini pula ditempah oleh sepupu Ayu di Johor Bahru..
Terima kasih Suhairizan.
Kek Padang Bola
Kek ni dlmnya kek sponge vanilla dan dilapiskan dengan blueberi dan fresh cream
Terima kasih kepada Puan Zabidah Yusoff :)

Terima kasih kepada semua...tanpa kalian siapalah Ayu's Cutest Cakes...harap semua berpuas hati dan jangan serik yer :) 

Sunday 2 December 2012

Sehari bersama Chef Amer

Semalam 2 Disember 2012 saya telah menghadiri inspirasi kek komersial bersama chef amer..pakar dlm bidang masakan terutama sekali dlm pembuatan coklat. Kelas ini adalah anjuran Oliez Academy bertempat di Mom's Bake House, Taman Sri Pulai Perdana, JB. Kelas ini telah di hadiri oleh 30 org peserta semuanya..kelas ini memang best sgt..peserta semuanya sporting dan paling seronok dpt mempelajari byk ilmu tentang pembuatan kek dr chef amer. Tujuan sebenar menyertai kelas ini selain mempelajari membuat kek dr chef amer, sudah semestinya ingin berjumpa dgn chef amer yg sering diperkatakan ttg kehebatannya dlm bidang kulinari dan juga ingin berjumpa dgn blogger yg sgt sy minati..tak lain tak bukan kak Azlita Aziz..tuan empunya blog Masam Manis fromintankitchen.blogspot.com ..blog kak ita adalah blog yg harus sy kunjungi setiap hari..sgt meminati cara beliau mempersembahkan hasil 'air tgn' beliau dan begitu kreatif dlm menulis blog..dr beliau juga sy mengenali chef amer :)..



Seronok dpt bergambar dgn kak Azlita Aziz♥♥♥

Chef Amer telah berkongsi 4 jenis kek dlm kelas ini..antara kek yang di pelajari adalah
iaitu cheezy carrot cake, black forest cheese cake, very berry mousse cake dan chocomello cake.
Kek-kek yang telah dipelajari..memang semuanya sgt sedap..nyumm.nyumm
Cheezy carrot cake chef amer nie sgt lembab..bukan saja ada carrot tapi turut diperasai dgn hirisan buah nenas, kelapa dan juga walnut...dan makin sedap dgn topping cream cheese..black forest cheese cake pula sgt sedap dgn adanya buah ceri hitam di dalamnya dan curahan jelly ceri hitam di atasnya...memang memikat kalbu.

Very berry mousse cake ada 3 lapisan kek sponge coklat yang dilapisi dengan berry mouse 
 dan chocolate mouse...dan chocomello cake mewah dgn rasa chocolate fudge cream..

Kelas ini telah berakhir dgn setiap peserta mendapat sijil penyertaan..terima kasih tak terhingga buat chef amer dan pihak penganjur..In shaa Allah jika panjang umur bertemu lagi...♥