Tuesday 12 November 2013

Snow Cheese Cake

Produk baru di Ayu's Cutest Cake.





Race Car Cake



Race Car Cake

Kek ni Ayu buat atas permintaan anak ayu Zaim utk hari lahirnya yg ke 7. Dah lama ayu nak try buat kek ni..so akhirnya jadi jugaklah kek yg diidam-idamkan oleh Zaim.


Kek ni dlmnya kek coklat kukus yg dilapiskan dgn fresh cream coklat dan topping dgn coklat ganache. Semua deco atas kek menggunakan fondant.

Selepas beberapa hari, kwn ayu Siti Hamidah pula order kek yg sama untuk anaknya Munif..cuma kali ni trek jln raya tu Ayu buatkan nombor 8 sbb ini hari lahir Munif yg ke 8 thn. Terima kasih Ct.




Untuk tempahan bolehla contact ayu melalui Facebook Rahmah Zainudin atau sms/watsapp/viber 0137712871.  Terima kasih.

Saturday 6 July 2013

Order Jun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tinggal beberapa hari saja jer lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Sudah pasti kita semua sudah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah. ..Allah masih memberi kita peluang lagi untuk tahun ini. Moga Ramadan kali ini bukanlah yang terakhir utk kita semua. Wah...panjang pulak cerita Ayu..maklumlah macam-macam perasaan yang timbul untuk menghadapi Ramadan kali ini. Oklah..moga Allah terus memberikan kesihatan yang baik agar kita semua dapat melaksanakan segala ibadat di samping meneruskan tugasan duniawi ini.

Seperti biasa Ayu ingin kongsikan tempahan yang Ayu terima pada bulan Jun yang lalu. Sekarang tengah sibuk dgn sampel biskut raya...dan tempahan masih dibuka lagi. Yang teringin nak tempah biskut raya Ayu jangan lambat-lambat yer..tempahan akan dibuka sehingga minggu pertama Ramadan.


Kek Red Velvet untuk hantaran dan untuk majlis perkahwinan Nadira. Terima kasih Nadira atas tempahan ini. Nadira sangat simple orangnya..kek 2 tingkat ini pun design adalah dari Nadira sendiri. Memang mudah berurusan dengannya. Kek 2 tingkat ni Ayu menggunakan teknik 'rustic'. 

Apam polkadot ini diorder oleh jiran Ayu, Kak Jiett. Terima kasih Kak.
Red velvet dgn ros merah ini diorder oleh Kak Jasmine Abdullah. Terima kasih kak Jasmine.
Red Velvet Cuppies ini diorder oleh Puan Yati. Terima kasih.
Red Velvet Cuppies dan Apam ladybird vs bumblee bee yang diorder oleh Mas Ayu untuk meraikan majlis bapa. Terima kasih Ayu.

Blueberry Cake diorder oleh Norhayati untuk meraikan mak dan abahnya. Terima kasih Yati.
Red velvet Cuppies ini diorder oleh Kak Intan untuk anaknya bawa ke sekolah bagi meraikan hari lahir bersama teman-teman. Terima kasih kak.


Red velvet cuppies ini diorder oleh En. Afzan untuk isterinya. Terima kasih En. Afzan. 

Apam ladybird vs bumblee bee dan tart nenas tradisi ini diorder oleh kawan baik Ayu, Ana di Pahang. Terima kasih Ana sanggup bayar wang pos dan order dgn Ayu walaupun jauh.

Red velvet cake ini diorder oleh Kak Jasmine Abdullah. Terima kasih Kak Jasmine.
Apam Ladybird vs Bumblee bee dan Rainbow cake ini diorder oleh Suriani untuk birthday anaknya Adam. Terima kasih Sue.

Rainbow Cuppies ini diorder oleh Nor Azimah. Terima kasih Azimah.

Red velvet Cake ini diorder oleh Kak Jasmine Abdullah. Terima kasih kak Jasmine. 

Pavlova dan mini pavlova yg diorder sepanjang bulan Jun ini. Terima kasih kpd semua.
Inilah saja yang ingin Ayu kongsikan di sini. Akhir sekali dari Ayu, SELAMAT BERPUASA ♡

Monday 17 June 2013

Tempahan Biskut Raya 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini Ayu ingin memaklumkan bahawa tempahan biskut raya telah dibuka. Untuk makluman Ayu cuma ambil tempahan sehingga minggu pertama Ramadan. So jgn lambat-lambat yer untuk membuat tempahan. Kali ini Ayu cuma buat 5 jenis biskut. Di bawah adalah senarai biskut dan harganya.

BISKUT RASPBERRY
50PCS RM25
TART NENAS GULUNG
50PCS RM20
BISKUT MOCHA CHIP
50PCS RM27
BISKUT COKLAT
50PCS RM20
TART NENAS TRADISI
50PCS RM25
Oklah...diharapkan sesiapa yang berminat untuk tempahan boleh hubungi Ayu melalui facebook atau sms/watsapp/viber 013 7712871.

Sekian...terima kasih.

Saturday 8 June 2013

Order Mei


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Order sepanjang bulan Mei.

Rainbow Cake with Cheese Cream...yg ni bukan sapa2 yg mengoder...Ayu buat untuk Ibu Ayu...kebetulan Semua balik kg hujung minggu tu.. jd semua dapatla merasa kek yg sedap dan menarik ni.
Chocolate Moist Cake dan apam ladybird ini diorder oleh Suriani mewakili teman pejabatnya. Terima kasih Sue.

Mini Pavlova dan Pavlova mmg setiap bulan mendapat sambutan...ramai yg sukakannya. Terima kasih kpd kawan ayah Ayu yg dah 3 kali ulang order dan juga kpd Yati dan Azimah...semua ni customer tetap Ayu yg selalu memberi sokongan kpd produk-produk Ayu.
1000pcs Apam Polkadot ini diorder oleh Pn. Junaidah Zainodin untuk Majlis Perkahwinan anaknya. Terima kasih teacher Jun.
Pavlova dan apam polkadot ini diorder oleh Nurzila dr Glasgow untuk ibunya. Terima kasih Zila walaupun dah jauh di negara orang tapi masih ingat pada produk akak.

Hokkaido Chiffon Cupcake diorder oleh Yati Jamaluddin dan Rina . Terima kasih.
Red Velvet ini telah diorder oleh Pak Itam Ayu dari KL. Terima kasih Pak Itam.
Kek Blueberri ini diorder oleh ibu saudara Ayu di Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih Cik Dang.
Cheezy Carrot Cupcake ini diorder oleh Yati Jamalludin sempena hari guru. Terima kasih Yati..selepas je Yati order cupcake ni..ramai pulak yg berminat nak cuba dan telah mengodernya.
Cheezy Carrot Cupcake. Terima kasih Azimah, Kak Azah, Kak Oya, Kak Yati dan En. Esa.
Cheezy Carrot Cupcake ini pula diorder oleh Auntie Fatimah. Terima kasih auntie.
200pcs Apam Ladybird vs bumblee bee dan 4 pek kek coklat kukus ini diorder oleh kawan Ayu , Linda untuk anaknya bawa ke sekolah sempena hari guru. Terima kasih Linda.

Butter Cake with Cheese Cream...kek ni diorder oleh Kak Jasmine Abdullah. Terima kasih Kak Min.
Chocolate Moist Cake ini diorder oleh Pn. Juhaizah..terima kasih 
Pavlova dan Kek Coklat Kukus ini diorder oleh Puan Kamisah. Terima kasih Puan Kamisah..Jauh datang semata-mata utk ambil kek.
Apam-apam ini diorder oleh kawan-kawan adik ipar di Saujana Putra. Terima kasih ye..org jauh order ni..Ayu pun tak kesempatan untuk kenal lagi.
Apam Ladybird Pink, Cheezy Carrot Cupcake dan Hokkaid Chiffon Cupcake ini diorder oleh sepupu Ayu di Nilai untuk Majlis Hari Lahir anaknya. Terima kasih Lina sebab sudi order walaupun jauh.
Setakat inilah dulu entri kali ini. Bulan mei ini Ayu cuti seminggu untuk balik kg di Perlis dan bawa anak-anak jalan ke Langkawi..sempena cuti sekolah..terima kasih kpd semua yg telah memberi kepercayaan pada produk-produk Ayu. Jika ada yg terkurang Ayu minta halalkan..semua kelemahan datang dr Ayu sendiri dan yg lebih itu semua dengan izin dariNya. Terima kasih.