Sunday 12 May 2013

Order April

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Waahh dah masuk minggu kedua dalam bulan Mei ni...Almaklumlah Ayu bukan je sibuk dgn order-order sampai tak sempat nak update blog ni..malah masih lagi dalam mood pilihanraya umum ke 13....Ini kali pertama Ayu mengundi..yg dulu tak sempat nak tukar tempat mengundi..tu yg teruja sgt nak mengundi...hehe..oklah..nanti termasuk isu politik susah pulak Ayu...jom tgk entri terbaru ayu utk semua order di bulan April..Terima kasih semua yang dah mengoder dr Ayu's Cutest Cakes..Harap jgn serik ye.

Red Velvet ni diorder oleh customer Ayu yang sangat sukakan Red Velvet..Kak Jasmine Abdullah. Kek ni diorder sempena tukar kereta baru...Alhamdulillah moga Allah murahkan lagi akak sekeluarga. Terima kasih.
Choc.Moist Cake ni diorder dr Dr. Shaja di UTM. Ini kali kedua dia mengoder dr Ayu kek choc. Moist katanya saja utk bg kawan-kawan di Ofis rasa...Terima kasih kak shaja..selalu tolong promote produk-produk Ayu.
Choc. Moist Cake ini diorder oleh kwn Ayu Kak Nor utk hari lahir suaminya. Terima kasih Kak Nor.

Pavlova dan Mini pavlova. Seperti bulan-bulan yang lepas..ini adalah produk Ayu yg sering mendpt sambutan. Ada yg single, double, mini dan juga yg berganache. Terima kasih kpd semua yang dah order...Harap semua berpuas hati.
Choc.moist cupcake utk doorgift. Sebanyak 150biji cupcake  ini telah diorder oleh Pn. Yati Jamalludin untuk Majlis cukur jambul anak lelakinya di Kluang, Johor. Terima kasih Yati.
Kek Coklat kukus dgn lukisan Barney. Ini adalah order pertama Ayu melukiskan gambar menggunakan jelly. kek ni diorder oleh kwn Ayu Dr. Siti Hamidah untuk puterinya Safya. Terima kasih Siti.
2 tiers stacked red velvet ni diorder oleh sepupu ayu, wani untuk puterinya Querra. Terima kasih Wani.
Choc. Moist Cupcake & Blueberry Cake. Diorder oleh Rohana Sanawi. Terima kasih Hana.
Apam ladybird vs bumblee bee ini diorder oleh Mimi Haryani. Terima kasih Mimi.

Apam ladybird vs bumblee bee ini diorder oleh  Suhaila Yusof. Terima kasih
Butter Cupcake untuk doorgift. 150pcs cupcake ini telah diorder oleh Maklong Ayu untuk majlis pertunangan anaknya. Terima kasih Maklong.
Rainbow Cake ini diorder oleh Norhayati Abdullah. Terima kasih Yati.
Rainbow cake ini diorder oleh kawan Ayu, Zarita. Ita order kek ini untuk birthday anak-anaknys Zuha dan Sophia. Terima kasih Ita.
Rainbow cake ini penutup order pada bulan 4 ni. Kek ini telah diorder oleh Azimah. Terima kasih Azimah.
Akhir sekali untuk entri kali ini Ayu juga ingin kongsikan kek birthday untuk anak bongsu Ayu Muhammad Zafran. Hari lahir Zafran ialah pada 4 April 2013 yang lepas. Ayu buatkan 2 tiers Stacked Rainbow cake...Alhamdulillah ramai yang dapat merasa kek ini. Terima kasih buat semua yang terus menerus memberi kepercayaan pada produk-produk Ayu.