Tuesday 19 March 2013

Ingatan untuk diri Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni Ayu bukan nak bercerita tentang  kek atau resepi...cuma ingin kongsikan berita gembira yang  Ayu dapat hari ini. Bukan ingin membangga diri tapi ingin kongsikan cerita ini utk sama-sama muhasabah diri. Alhamdulillah..hari ini anak-anak Ayu Hazirah dan Muhammad Zaim mendapat Anugerah Anak Soleh (sahsiah terpuji). Mendapat berita melalui seorg teman yg ternampak gambar mereka di Fb. Menitik air mata melihat gambar diorg mengambil hadiah di Fb Sekolah Islam Hidayah. Masa tu diorg belum balik lg dr sekolah. Bercampur baur rasa di hati..gembira dan terasa makin tinggi amanah di bahu ini. Yer..ini satu anugerah yg dianjurkan oleh pihak sekolah. Memang ini semua adalah penganugerahan dr mata manusia. Menjadi semakin berat di dada ini bila memikirkan amanah yg Allah beri ini agar anak-anakku juga mendapat penganugerahan di mata Allah. Masih teringat-ingat kata Prof. Muhaya..."tidak penting apa yang orang kata..yang penting apa Allah kata". Kata-kata ini sangat berkesan di hati ini.

Sejak Ayu berhenti kerja...macam-macam yang Ayu dgr..ada yg kata sayangnya..belajar tinggi-tinggi tapi dah tak keje..ada juga yg kata belajar tinggi-tinggi tp akhirnya duduk di dapur. Ayu hanya mampu tersenyum. .kadang-kadang terkesan juga di hati ini bila dgr teman-teman sana sini sambung belajar...ada yg dah bergelar Dr falsafah..tak kira lagi yg tgh buat PhD...mmg kalau ikutkan hati Ayu pun nak sambung belajar lagi..peluang mmg ada di depan mata. Tapi bila Ayu muhasabah diri...bukan ada Phd je org yang berjaya...apa kerja pun boleh berjaya..tapi buat dengan sepenuh hati dan ikhlas keranaNya. Ayu  berhenti kerja kerana anak-anak di pada masa yang sama ingin membina impian atas minat Ayu sendiri. Bukan bermakna Ayu katakan teman-teman yg berkerjaya itu tak bagus. Ayu kagum dengan teman-teman yang berkerjaya dan pada masa yg sama dapat menguruskan anak-anak dan rumahtangga dengan baik sekali. Ayu dulu pun bercita-cita ingin sampai ke tahap itu. Tapi Ayu ambil cabaran untuk berhenti kerja. Membina kembali kejayaan di bidang baru..bukan lagi di makmal kimia..tapi di dapur sendiri. Dan kata-kata Prof. Muhaya lah yg telah menguatkan diri ini. Sijil-sijil yang ada bukan lagi tak berguna tapi itu lah nanti Ayu gunakan untuk mendorong anak-anak belajar. In shaa Allah..Ayu harap anak-anak bukan saja berjaya di dunia tapi berjaya juga di akhirat sana.

Teman-teman,
Jadilah diri kita sendiri...di mana kita..siapa kita di dunia ini..semuanya datang drNya. bersyukur selalu dgn apa yang kita ada. Semua ini adalah peringatan untuk diri Ayu sendiri. TAHNIAH HAZIRAH & ZAIM..moga kalian terus berjaya dunia dan akhirat..kalianlah kekuatan untuk ibu..terima kasih Allah. .terima kasih anak anak ibu..ibu sayang kalian...♥♥♥