Thursday 29 November 2012

Order for Today (30 Nov 2012)

Salam sejahtera buat semua,

Hari ini just nak masukkan order utk minggu ini..

2 set Mini Pavlova ♥ 
Nyum...nyum..nyum
Mini pavlova ni ada tambahan coklat ganache di atas meringue dan buah-buahan...memang terangkat la rasanya...terutama bagi peminat-peminat coklat...anda harus mencubanya..hehe..2 set mini pavlova ni diorder oleh teman baikku yg selalu memberi sokongan pada produk-produk ayu'cutest cakes...terima kasih yer..(orgnya pemalu...tak mahu namanya disiarkan..hehe)


Selain mini pavlova..ada 2 set apam...juga telah di order oleh 2 org regular customer ayu's cutest cakes...

100pcs apam polkadot..dot..dot..

Apam polkadot ni diminta oleh customer warna yg soft2 je...katanya nak pastel color...harap berpuas hati yer..terima kasih byk2 yati..

100 pcs Apam Ladybird n bumblee bee...

Lagi 1 set apam pula adalah apam ladybird n bumblee bee..yg nie mmg antara produk yg boleh dikatakan selalu dapat order..apa-apa pun terima kasih byk2..kat Kak Junainah Jukee..yg selalu order dr Ayu's Cutest Cakes...

Thank You very much pada semua yg telah mengoder...jgn serik yer...

Buat yg belum pernah merasa produk-produk dr Ayu's Cutest Cakes..Anda bila lagi??? hehe...

Wednesday 28 November 2012

Apam Polkadot Vs Ladybirds & Bumblee Bees


Ini lagi satu produk yang sangat disukai ramai...agaknya warna dan bentuk ladybird dan bumblee bee tu buat kanak2 tertarik untuk menikmatinya....sering dijadikan penyeri meja untuk sesuatu majlis dan tak kurang juga sebagai door gift..anak-anak juga pandai request utk dibawa ke sekolah...Ada pelbagai warna dan pelbagai pilihan perisa..ada fruit filling seperti strawberi dan blueberi...ada juga coklat, kaya dan peanut butter..


Apam Ladybird dan Bumblee Bee..pelbagai warna dan perisa
Hmm...ramai customer sukakan warna yang agak terang..selalunya..setiap warna membezakan perisa filling di dalamnya..apa-apa pun pilihan warna dan perisa semuanya bergantung kepada request dr customer..Selain drpd apam ladybird dan bumblee bee ni apam polkadot biasa turut ada yang menyukainya..ianya lebih nampak simple..dan klu untuk doorgift selalunya memang akak sarankan yg polkadot saja..almaklumla..bukan senang nak lukis ladybird dan bumblee bee satu persatu..klu 200 biji hingga 300 biji je yg termampu rasanya..klu nak lebih...mmg polkadot saja yg akak terima..hehehe:)

Apam Polkadot..dot..dot. :)













Tuesday 27 November 2012

Pavlova

Pavlova...adalah dessert yg berasal dari New Zealand dan Australia...mula2 kenal melalui blog-blog masakan..rasanya mmg tak pernah...menyebutnya pun boleh tergeliat lidah..dulu study kat Chch NZ pun tak pernah pulak menengoknya..agaknya zaman tu belum tercipta lagi makanan yg indah namanya dan rasanya ni..klu salah sebut boleh jadi dealova...maklumlah bunyinya seakan-akan sama....keinginan utk merasa pada awalnya telah mendorong aku utk mencuba membuatnya sendiri..mmg first time buat mmg failed...entah apa2 jadinya meringue aku tu..hahaha...tak berani utk mencubanya sendiri ...tapi keinginan yang tinggi telah mendorong aku menyertai kelas membuat pavlova...yang pasti cikgunya bukan calang2 orang..mmg sifu dalam arena membaking ni...tak lain tak bukan Puan Rahani Abd. Rahman..atau panggilan manjanya Kak Noni...kelas ini telah di anjurkan oleh Mom's Bake House di Taman Sri Pulai Perdana, Johor...

Nielah Pavlova yang sifu buat...first time tgk dpn mata dan merasanya sendiri :)


First time aku dapat merasa keenakkan pavlova...hmm..bukan nama je dah menarik..rasanya pun..adoiiii..doiii..doii..mmg tak boleh lupa akan keenakkannya....tak sabar rasanya nak balik dan buat sendiri...Alhamdulillah..percubaan pertama telah berjaya menambat selera ahli keluarga...dan drpd nak buat mkn2 sendiri...akhirnya aku mendapat order drpd kenalan dan sahabat handai...mmg berbaloi-baloi rasanya menyertai kelas pavlova tu...dan kini Pavlova telah menjadi salah satu produk yg paling mendapat sambutan....dan daripada pavlova,,aku memberanikan diri membuat sedikit perubahan kepada bentuk mini...terpikir kerana pavlova mini lebih praktikal untuk dijamukan pada para tetamu bagi satu-satu majlis...tak sangka..syukur kepadaNya..mini pavlova yg comel lotei nie turut mendapat sambutan.. :)

Mini Pavlova yang dijual dalam 1 Set 16 pcs..nyum..nyumm

Mini Pavlova dalam cup yg comel dan menarik.
 Pavlova dan Mini Pavlova dr Ayu's Cutest Cakes adalah gabungan meringue yg ranggup di luar...lembut bagaikan marshmallow di dalamnya bersama-sama krim vanilla yang umpphhh dan taburan 5 jenis buah-buahan yang masam-masam manis....bagi yang belum pernah mencuba..bolehlah dapatkannya skrg..dan yg mmg pernah mkn pavlova dan peminat-peminat pavlova..marilah cuba pulak pavlova Ayu's Cutest Cakes pulak..pasti anda sukakannya... :)

Monday 26 November 2012

SELAMAT DATANG



Ayu's Cutest Cakes merupakan permulaan bagi memperkenalkan  produk-produk saya pada umum...Saya telah memulakan menceburi dunia baking ini setahun yang lalu dan menggunakan Facebook sebagai media perantaraan mendapatkan customer..Alhamdulillah..sambutan amat memberangsangkan dan membuatkan saya mengambil keputusan untuk membuka blog bagi memperkembangkan bisness ini ..Kini baking bukan lagi sebagai hobi malah telah menjadi pendapatan sampingan bagi saya yang telah secara rasminya menjadi surirumah setelah sekian lama bekerja...Harapan saya...semua yang di luar sana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk memperkenalkan produk2 saya..dan memberi sokongan kepada blog ini..Sesungguhnya...baking adalah minat saya dari kecil lagi...dan di sinilah impian saya akan terlaksana..In Shaa Allah....Terima kasih semua. 

Produk-produk:

Birthday Cake
Steambuttercream Wedding Cake
Cupcakes
Pavlova
Indulgence Cake
Red Velvet Cake
Ice Cream Cake
Rainbow Cake
Russian Black & White Cake
Strawberry Ice
Hokkaido Chiffon Cupcake
Apam Polkadot vs Ladybird
Steam Choc. Cake
Barbie Doll Cake
dll lagi :)