Tuesday 27 November 2012

Pavlova

Pavlova...adalah dessert yg berasal dari New Zealand dan Australia...mula2 kenal melalui blog-blog masakan..rasanya mmg tak pernah...menyebutnya pun boleh tergeliat lidah..dulu study kat Chch NZ pun tak pernah pulak menengoknya..agaknya zaman tu belum tercipta lagi makanan yg indah namanya dan rasanya ni..klu salah sebut boleh jadi dealova...maklumlah bunyinya seakan-akan sama....keinginan utk merasa pada awalnya telah mendorong aku utk mencuba membuatnya sendiri..mmg first time buat mmg failed...entah apa2 jadinya meringue aku tu..hahaha...tak berani utk mencubanya sendiri ...tapi keinginan yang tinggi telah mendorong aku menyertai kelas membuat pavlova...yang pasti cikgunya bukan calang2 orang..mmg sifu dalam arena membaking ni...tak lain tak bukan Puan Rahani Abd. Rahman..atau panggilan manjanya Kak Noni...kelas ini telah di anjurkan oleh Mom's Bake House di Taman Sri Pulai Perdana, Johor...

Nielah Pavlova yang sifu buat...first time tgk dpn mata dan merasanya sendiri :)


First time aku dapat merasa keenakkan pavlova...hmm..bukan nama je dah menarik..rasanya pun..adoiiii..doiii..doii..mmg tak boleh lupa akan keenakkannya....tak sabar rasanya nak balik dan buat sendiri...Alhamdulillah..percubaan pertama telah berjaya menambat selera ahli keluarga...dan drpd nak buat mkn2 sendiri...akhirnya aku mendapat order drpd kenalan dan sahabat handai...mmg berbaloi-baloi rasanya menyertai kelas pavlova tu...dan kini Pavlova telah menjadi salah satu produk yg paling mendapat sambutan....dan daripada pavlova,,aku memberanikan diri membuat sedikit perubahan kepada bentuk mini...terpikir kerana pavlova mini lebih praktikal untuk dijamukan pada para tetamu bagi satu-satu majlis...tak sangka..syukur kepadaNya..mini pavlova yg comel lotei nie turut mendapat sambutan.. :)

Mini Pavlova yang dijual dalam 1 Set 16 pcs..nyum..nyumm

Mini Pavlova dalam cup yg comel dan menarik.
 Pavlova dan Mini Pavlova dr Ayu's Cutest Cakes adalah gabungan meringue yg ranggup di luar...lembut bagaikan marshmallow di dalamnya bersama-sama krim vanilla yang umpphhh dan taburan 5 jenis buah-buahan yang masam-masam manis....bagi yang belum pernah mencuba..bolehlah dapatkannya skrg..dan yg mmg pernah mkn pavlova dan peminat-peminat pavlova..marilah cuba pulak pavlova Ayu's Cutest Cakes pulak..pasti anda sukakannya... :)

No comments:

Post a Comment