Sunday 14 April 2013

Order Mac


Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Entry kali ini Ayu cuma ingin kongsikan semua tempahan yang Ayu dapat pada bulan
bulan Mac yg lepas. Terima kasih kepada semua yang dah mengoder daripada Ayu. Moga kalian semua diberkati dan dimurahkan rezeki olehNya...Amin.

Blueberry Cake. Kek ini saiz 10 inci..diorder oleh Kak Yati dr UTM untuk rakan-rakan sepejabat yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari hingga bulan Mac. Ramai juga nama yang Ayu kena tulis atas kek ni...sebab tulah..design simple je. Terima kasih yer Kak Yati.

2 tiers stacked red velvet. Kek ini ditempah oleh Pn. Norfiza dan En. Amirol Esa untuk majlis Ulangtahun kelahiran anak mereka yg ke 3 tahun. Terima kasih ye kerana telah memberi kepercayaan kepada Ayu untuk membuatkan kek birthday Qaid pada tahun ini.
200pcs apsm ladybird vd bumblee bee. Apam ini turut ditempsh oleh Pn. Norfiza dan En. Amirol Esa untuk majlis hari lahir anaknya Qaid.
Coklat moist cakesc. Kek ini juga ditempah oleh Pn. Norfiza dan En. Amirol Esa untuk Majlis ulang tahun anaknya Qaid di Tadika Nuri Pulai Perdana. Terima kasih.
Red velvet...yg ni toppingnya warna biru atas permintaan Pn. Jasmine Abdullah. Terima kasih Kak Jasmine.
200pcs Apam Ladybirds vs bumblee bee..diorder oleh Dr. Maziah..terima kasih.
Kek Rainbow...ditempah oleh Zila...terima kasih Zila yang kini dah berada di Glasgow utk sambung belajar.
2 biji kek coklat moist telah ditempah oleh Dr. Shajarahtunnur untuk meraikan hari lahir anaknya Ihsan dan Adam. Terima kasih kak Shaja.
Hokkaido Chiffon Cupcake. Bulan ni Ayu dpt order 6  set hokkaido chiffon cupcake ni. Terima kasih kpd Zila, NoNorhayati, Nor Azimah, Yati dan Masni.
Pavlova dan mini pavlova...produk yang sentiasa mendapat sambutan setiap minggu.Terima kasih kpd yg dah membelinya dari Ayu.
100pcs apam ladybird vs bumblee bee telah diorder oleh kawan Ayu dr Pulau Pinang untuk anak saudaranya di Gelang Patah. Terima kasih Sharifah Zariah.
Red velvet 10 inch diorder oleh adik Ayu Raihan di KL untuk student-student di UM..tqvm yer Ngah.
Red velvet order terakhir di bulan Mac. Terima kasih Kak Junainah Juke.
Tart nenas ni adalah resepi turun temurun dari ibu Ayu..buat 2 kali di bulan ni semuanya habis dijual..Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Oklah..nilah saja yang Ayu nak share pada bulan ni. Hujung bulan cuti sekolah..Ayu pun tutup dapur la..bawa anak semua jalan-jalan. Terima kasih semua :)