Tuesday 12 February 2013

Kek birthday Hazirah dan Acu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 27hb Jan 2013..anak Ayu yang sulung Hazirah genap 8 tahun. Seperti biasa dari awal lagi hazirah dah request nak kek birthday apa...klu ikutkan dia mestilah nak kek Barbie tapi dek kerana kali ni hari lahir jatuh pada hari ahad dan kitorang baru je selesai kenduri kahwin sepupu Ayu..jadi tak dptlah nak menunaikan hajat anak dara Ayu kali ni...Nasib baik Hazirah faham keadaan ibu...Hazirah akhirnya minta buatkan kek blueberi tapi nak letak gambar Ana Muslim. Oklah nie lah kek yg sempat ayu buatkan untuk Hazirah...Selamat Hari Lahir Hazirah...ibu doakan Hazirah berjaya dunia akhirat dan menjadi umat yang sentiasa patuh dan taat padaNya...ibu sayang Hazirah selalu ♥




Pada hari yang sama Ayu buatkan juga kek birthday untuk adik bongsu Ayu yang hari lahirnya jatuh pada 31hb Januari. Ayu buatkan black forest cheese cake untuknya.