Sunday 17 March 2013

Drawing Class

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari rabu yang lepas (13 Mac 2013) Ayu telah berpeluang belajar melukis atas kek. Dah lama benar Ayu ingin mempelajari teknik-teknik melukis pelbagai kartun di atas kek. Kadang-kadang jemu jugak kan asyik menggunakan edible image. Kelas ni telah diajar oleh Puan Rahani Abdul Rahman iaitu tuan empunya Noni's Creative Cakes yang mana lebih dikenali sebagai Kak Noni. Kak Noni memang dah lama dalam bidang baking membaking ni dan hasil kerjanya sgt halus dan berseni...Ayu sangat kagum bila melihat hasil kerja Kak Noni. Alhamdulillah hampir seharian Ayu menimba ilmu dan teknik-teknik drpd Kak Noni...terima kasih tak terhingga yang dapat Ayu ucapkan buat Kak Noni. Moga Allah memperluaskan lagi rezekinya. 

Kek yang dah siap dilukis tinggal nak diwarnakan dengan jeli.
Inilah hasilnya 'Cik Belle'
Ini pula hasil kerja rakan sekelas...Gayatri
Yg ni pula hasil kerja Kak Ana
Semoga selepas ni Ayu dapat mempraktikkan teknik-teknik drawing ni...Siapa-siapa yg berminat utk mengoder kek seperti di atas bolehlah contact Ayu ye...gambar bole pilih ikut citarasa masing-masing.

No comments:

Post a Comment