Thursday, 28 February 2013

Order Februari

Assalamualaikum wmt wbt dan Salam Sejahtera,

Sekejap betul masa berlalu..dah habis bulan februari 2013. Sekarang kita dah pun melangkah ke bulan ketiga dalam tahun 2013. Moga Allah terus memberi kita kesihatan yang baik dalam melalui hari-hari yang berikutnya. Kali ini Ayu cuma ingin berkongsi tempahan yang ayu dapat pada bulan lepas. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua kenalan yang lama dan baru yang sentiasa menyokong hasil kerja Ayu. Sokongan kalianlah membuatkan Ayu terus bersemangat meneruskan usaha dalam perniagaan kecilan ini.  Inshaa Allah Ayu akan terus belajar dan memperbaiki kelemahan diri.  Semua yang baik itu datangnya dari yang Maha Esa..dan  kelemahan dan kekurangan adalah dari Ayu sendiri. Moga semua yang dah merasa produk-produk Ayu berpuas hati. Kalau ada yang perlu diperbaiki, jangan segan-segan memberitahu Ayu sendiri. Dengan cara ini sahaja  Ayu dapat  memperbaiki dan mempertingkatkan mutu produk-produk Ayu's Cutest Cakes. Terima kasih sidaun keladi..kalau sedap orderlah lagi.... :)

mini pavlova yang ditempah oleh Rina Osman mewakili teman sepejabat di IRDA.
Terima kasih Rina yang selalu tolong mempromosi produk akak.
Pavlova ni di order oleh Lisa Ali...terima kasih Lisa.
l
Mini pavlova yg telah diorder oleh Rohana Sanawi dr IRDA. Terima kasih
Hana dan juga kpd Fiza yang telah menolong menghantarkan mini pavlova ni ke IRDA.

Chocolate moist cake with fondant...inilah adalah kali pertama Ayu menggunakan fondant pada keseluruhan kek. Kek ini ditempah oleh Mira Anis untuk majlis hari lahir  yg pertama anak lelakinya Mikha. Terima kasih Mira.
200pcs apam ladybird vs bumblee bee. Juga ditempah oleh Mira Anis utk majlis hari lahir anaknya Mikha.
Terima kasih Mira.
Rainbow cake. Ditempah oleh Nor Azimah. Terima kasih Azimah . Harap berpuas hati ye.

Chocolate Moist Cake layer with blueberry. Ditempah oleh Zarita Zakaria.
Terima kasih Ita.
Pavlova ditempah oleh Norfiza Bashfari mewakili teman sepejabatnya di IRDA.
Terima kasih Norfiza.


Mini pavlova order drpd Kak Oya Yob. Terima kasih kak oya.
150 pek (300pcs) apam ladybird vs bumblee bee.. order drpd Zarita Zakaria untuk majlis perkahwinan adiknya. Terima kasih Ita
Kek coklat kukus ni telah ditempah oleh zarita  sebanyak 9pkt utk majlis perkahwinan  adiknya dan
Suriani telah menempah 6pkt. Terima kasih kpd Ita dan Sue.
Cupcake untuk hantaran. Diorder oleh Syikin. Terima kasih syikin
Kek hantaran ini juga diorder oleh Syikin untuk majlis perkahwinan adik iparnya.
Terima kasih Syikin
Red velvet cake. Diorder oleh Dr. Rubita dr UTM. Terima kasih Dr. Rubita.
Kek coklat kukus ini diorder oleh kwn Ayu, Nani. Nani baru je melahirkan puteri ke3..kek ni diorder utk
dijamukan kpd tetamu yg dtg melawat baby. Terima kasih Nani.
Swiss Roll ni projek terbaru Ayu. Ayu dah lama belajar kek ni drpd sifu Ayu yg paling hebat..tak lain
tak bukan Ibu Ayu sendiri. Allhamdulillah swiss roll ni mendapat sambutan bila Ayu hantar ke kedai-kedai di sekitar rumah Ayu.

Durian crepe di penghujung musim. Nampaknya bulan ini hanya sekali sahaja Ayu dapat buatkan Durian Crepe untuk peminat-peminatnya. Sekarang durian makin sukar diperolehi. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kpd pelanggan setia Ayu yang dah berkali-kali ulang order.
Mini pavlova ini diorder oleh Kak Oya Yob. Terima kasih kak Oya.
Akhir sekali penutup order bagi bulan Februari 2013 ialah tempahan 105 pcs mini pavlova, 10 bekas triffle dan 2 biji kek keju blueberry. Semua tempahan ini adalah daripada cikgu-cikgu Sek. Keb. Seri  Melati, Johor Bahru. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengoder. Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Nor Azliana yang telah mempromosikan produk Ayu.


Tuesday, 12 February 2013

Kek birthday Hazirah dan Acu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 27hb Jan 2013..anak Ayu yang sulung Hazirah genap 8 tahun. Seperti biasa dari awal lagi hazirah dah request nak kek birthday apa...klu ikutkan dia mestilah nak kek Barbie tapi dek kerana kali ni hari lahir jatuh pada hari ahad dan kitorang baru je selesai kenduri kahwin sepupu Ayu..jadi tak dptlah nak menunaikan hajat anak dara Ayu kali ni...Nasib baik Hazirah faham keadaan ibu...Hazirah akhirnya minta buatkan kek blueberi tapi nak letak gambar Ana Muslim. Oklah nie lah kek yg sempat ayu buatkan untuk Hazirah...Selamat Hari Lahir Hazirah...ibu doakan Hazirah berjaya dunia akhirat dan menjadi umat yang sentiasa patuh dan taat padaNya...ibu sayang Hazirah selalu ♥




Pada hari yang sama Ayu buatkan juga kek birthday untuk adik bongsu Ayu yang hari lahirnya jatuh pada 31hb Januari. Ayu buatkan black forest cheese cake untuknya.



Saturday, 9 February 2013

Order Januari


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dah masuk bulan kedua di tahun 2013. Syukur kepadaNya rezeki Ayu sentiasa ada. Bulan lepas Ayu agak sibuk dgn order-order dan pada masa yang sama menguruskan anak-anak masuk sekolah dan dipenghujung bulan pulak anak-anak  demam silih berganti...oklah..Ayu pun tak banyak masa untuk berceloteh panjang di sini...just nak upload semua order yang Ayu dapat bulan lepas.


Pavlova di pagi tahun baru 2013..order drpd Rina Osman untuk meraikan hari lahir rakan sepejabat.
Terima kasih rina.

Red velvet..order dari Rina Osman utk meraikan rakan sepejabat di IRDA.
Terima kasih Rina
 Red velvet diorder oleh Mohd Izuan utk meraikan hari lahir isterinya yg tersayang
terima kasih Iwan.
Mini pavlova ini juga diorder dari Mohd Izuan..terima kasih Iwan.

Pavlova order drpd Aneed..terima kasih..


Mini pavlova order daripada Sharifah Musa..terima kasih kak Cipah.

Mini pavlova drpd kak Siti Zaleha..terima kasih kak ct
Red velvet order drpd En. Amirol Esa..terima kasih ye
Kek rainbow sebagai hantaran..diorder oleh Syima Mustafa untuk majlis perkahwinannya.
Terima kasih syima..harap berpuashati ye.

Apam polkadot (200biji) order drpd Mas Ayu..terima kasih Ayu


Durian crepe...walaupun durian dah sampai ke penghujung musim..
Bulan januari ni 3 kali ayu sempat buar durian crepe..terima kasih kepada semua yg dah
Beli durian crepe dr ayu
Cake in jar...diorder oleh Shazura Musa untuk majlis makan berdamai..terima kasih zura.
Mini pavlova order drpd kak Oya Yob..terima kasih kak Oya.

Cupcake hantaran tema biru order dr Ifqtidar utk majlis pernikahannya. Terima kasih
Cupcake hantaran tema oren..order dr Shazura Musa..terima kasih zura.




1000 biji apam polkadot dan 150biji apam ladybird vs bumblee bee..order drpd Syima
Mustafa untuk majlis perkahwinannya..terima kasih syima






2 tiers stacked steambuttercream wedding cake...diorder oleh Shazura Musa untuk
Majlis Persandingannya..terima kasih zura.